Thursday, December 20, 2012

Cara belajar yang betul

Okay,sambung balik menulis...

Belajar?Cara belajar yang betul...adoilah,cik siti ni,dia pun tak berapa betul cara study dia nak ajar orang.Pirah... kan...

Tapi,belajar ni tak semestinya korang ...

24 JAM KENA STUDY TANPA HENTI

Dan korang jugak tak perlu...

HABISKAN BACAAN SEMUA BUKU RUJUKAN

Tapi,belajar ni korang kenalah macam ni...


So,macam mana erk nak belajar dengan cara yang betul.Aku sebenarnya telah mengeksperimenkan diri aku sendiri sebagai bahan kajian.

Korang tahu,masa mula-mula aku masuk matrikulasi,aku kekalkan cara belajar SPM,tapi sebenarnya aku sendiri yang kena ubah cara aku tu.Aku pun ubah cara belajar aku masa semester 5...

Dan alhamdulillah...

Okay,balik kepada topik.
 
1.Bila belajar,korang kena betulkan niat korang tu.Jangan belajar sebab nak pass exam aje.Tapi,sebenarnya korang nak cari ilmu banyak-banyak.

2.Pasangkan niat korang 'aku nak belajar betul-betul demi emak ayah aku'.Jadi,kalau kita sebut nama emak ayah kita macam mana pun mak ayah kita,diorang tetap mak ayah kita.Dan kalau kita sebut sebab emak ayah kita,insyaAllah,Tuhan akan permudahkan apa yang kita hasratkan tu.

3.Tidur wajib cukup.Korang tak perlu stay sampai pagi semata-mata nak study.Itu cuma boleh memendekkan lagi daya tahan otak  korang nak berfikir.Kenapa aku cakap macam tu? Sebab benda-benda macam ni aku pernah buat,so aku tak nak orang lain buat benda macam aku buat ni.

4.Kenapa aku suruh tidur cukup?Sebab bila dalam kelas otak korang segar untuk serap apa-apa yang korang tumpu.So,takdelah korang terangguk-angguk tanpa korang paham pun apa yang lecturer ajar kat depan.

5.Amalkan kismis.Aku ambil kismis tok guru.Di samping boleh tahan satu semester,aku dapat memudahkan otak dan fikiran aku bila belajar.So,aku lebih prefer kalau korang ambil kismis sebagai makanan tambahan.

6.Sarapan dan diet seharian kena betul dan seimbang.Korang yang tak ambil sarapan,pelislah ambil sarapan.Bukan apa,sebenarnya kalau tak ambil sarapan,otak kita not function at all pun.
So,ambil sarapan,makanan tengahari betul-betul ikut time.

7.Buat past year.
Dolulah...aku rajin habiskan satu buku.Tapi,bila time exam,aku tak reti jawab pon.So,sebenarnya kalau buat past year,ia melatih otak korang untuk mengingati apa yang korang praktis tu.So,buatlah past yer banyak-banyak okay.

8.Dhuha time !
Well.Solat dhuha itu mestilah dah jadi kemestian untuk rezeki terbuka kepada kita.So,bila time lepas subuh tu,tak payah tarik selimut,tapi tariklah sejadah dan telekung,buat solat ni.Dua rakaat jer pun.Okay,nasihat pada diri sendiri jugak !

9.Done?Tak habis lagi...Banyak-banyak baca al-Quran dan buat air dari surah yassin.
Kenapa kena buat?Dari korang minum air berkarbonat,better korang minum air ni.Untuk terangkan hati jugak..kan..

10.Bila stress,buat perkara yang boleh korang lupakan pada stress korang tu.Macam aku,aku suka main sudoku.Walaupun people akan cakap,apa hal budak ni main sudoku?Tak sakit kepala ke?Lantak..lantaklah apa orang nak cakap.Asalkan bila aku stress,aku boleh wat benda yang aku suka and benda tu tak mendatangkan bahaya pun pada siapa-siapa,so pedulikan..

Okay,di samping tu,amalkan solat hajat dan solat sunat taubat.Kalau boleh jangan tinggallah ya..Korang pun jangan malu bertanya,sebab malu bertanya itu sesat jalan.Kita kena cari guru,bukan guru yang cari kita.Okaylah sweetheart,aku kena stop tulis sebab nak sambung buat kerja aku.Okay,assalamualaikum !

Perasaan

Salam jumaat semua..
Rasanya dah lama aku tak update entri apa-apa kan...

Erm,pagi tadi aku buka facebook.Saja usha-usha wall..aku ter..ter..terlah nampak kan gambar-gambar konvo budak sebadge dengan aku dolu.
Well...hati rasa.. rasa... rasa macam sedih aje.Yap,aku sedih sangat.

Tapi,orang akan cakap.So what dengan aku?Aku yang pilih jalan ni,so kenapa aku kena sedih-sedih.

Erm...

Dulu time asyik berjaya...kita tak kenal pun apa tu kegagalan.Dan sekarang ni bila aku dah kenal apa tu kegagalan,ianya bagaikan mimpi buruk dekat aku.Kan?

So,aku menasihatkan pada junior-junior aku,if korang rasa spoil macam ni,just cari benda yang baik dan elok untuk lupakan perasaan sedih korang ni.Okay?


Monday, December 10, 2012

Hari terakhir di tempat praktikal

Salam semua.
Apa yang aku nak tulis?What is it...
Aips...hati rasa sedih campur terharu...

Today is my last day aku berada di sini.The feeling that i have right now...
ya,sedih sikit,campur terharu lebih kurang...

So,aku nak rasa apa sekarang?Mula-mula aku masuk praktikal aku rasa sedih.
Dah nak tinggalkan tempat ni pun aku rasa sedih..Then,what I'm supposed to do?

Sedih?No more crying crying.Ah,tak sukalah aku nangis-nangis.What is it nangis hah?

So,let apa yang dah lepas lepaslah...no more nangis-nangis.Sekarang,bak kata senior aku,ada sesuatu yang lebih besar sedang menunggu aku.Semoga dipermudahkan segalanya.

Monday, December 3, 2012

Hai ...

SPM dah selesai ke belum?
O.... sekarang tinggal tunggu keputusan.
Eee..takut.Takut.Takut.

Berapa A nak dapat ? Lulus ke? Cemerlang ke? Itu pernah menjadi igauan ku.So,sebagai senior yang dah lepas semua benda alah tu,adalah lebih baik aku nak memesan sesuatu kepada junior-juniorku.

Lepas SPM,kepada yang muslim,jangan tinggal solat hajat walaupun sekali kecualilah korang uzur.



Kenapa jangan tinggal?Sebab doa itu adalah ikhtiar terakhir yang korang boleh buat.Takkan nak pergi majlis pelajaran,nak tengok diorang semak kertas kita yer dak?
Jadi,lepas SPM adalah lebih baik korang teruskan solat hajat korang....

Kalau boleh,sekarang ni cuba korang pergi pameran melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA atau IPTS.

Korang boleh update kursus apa yang terbaik untuk korang.Cuba tinjau apa yang korang minat dan apa yang sesuai dengan tahap akademik korang.Macam aku,aku nak jadi doktor.Tapi,aku tak jadi pun.Sebab apa?

Kelayakan akademik aku tak berapa cukup.
Dekat pameran-pameran macam ni,korang boleh tanya diorang kursus yang ditawarkan tu macam mana.

Tapi,mostly,yang promoter akan cakap benda yang baik aje pasal kolej diorang.Korang timbang-timbangkanlah dalam fikiran korang.

Done yang di atas?Okay,proceed dengan ambil lesen untuk kepentingan korang.

By the way,lesen motor dan kenderaan adalah penting untuk korang di masa hadapan.Macam aku,sampai sekarang aku takde lesen.Jadilah,adalah menyesal jugak aku.So,sekarang ni nampaknya lepas belajar baru aku nak ambil.Tu pun kena kerja,sebab nak cari duit ambil lesen.Huhu...



Kumpul pengalaman bekerja.

Aips....jangan goyang kaki.Ya,memang korang cakap dah penat dah belajar.Nak rehat banyak-banyak.Come on dear...kumpul pengalaman bekerja ni penting untuk korang update dalam resume.Kalau result korang tahap cemerlang mana pon,tapi korang tak ada pengalaman kerja,so macam sedikit menyedihkanlah.
Kalau korang kerja jadi orang bawahan,korang akan sedar suatu hari nanti,korang tak nak jadi orang bawah.Orang lain goyang kaki kat meja kira duit,kita ni habis kotor baju,berlumuran debu-debu kotor...takkan nak lagi hidup macam ni?

Pergilah kursus bahasa-bahasa.



Contohnya,korang boleh pergi kursus bahasa inggeris untuk memantapkan lagi bahasa inggeris korang.Kalau nak pergi kursus kahwin aje tak boleh....

Kursus bahasa arab ke,bahasa mandarin ke...dan sebagainya.Sebab bahasa ni penting dalam point untuk korang diterima bekerja kelak.

Belajar memasak.



Kepada yang perempuan,ambil peluang belajar memasak masa ni.Aku yakin ramai lagi para gadis di luar sana tak reti memasak.So,ambil masa ni untuk korang belajar memasak.
Well,memasak tu penting untuk diri sendiri jugak.Takkan kahwin nanti korang tak nak masak kan?

So setakat ni ajelah entri aku hari ni.Ni sebagai pesan-pesanan untuk aku jugak.
Kalau nak terima apa aku cakap,terimalah.Kalau tak nak,takpelah.Mana boleh kita paksa orang kan...

Tak tanya salah.Tanya pun Salah.

Pagi-pagi rasa nak meletup sekejap.
Aku punyalah telefon baik-baik,cakap pun baik-baik.Tapi,lastly apa yang aku dapat?



Well.Kerja customer service memanglah boleh naik angin.
Tapi,please lah...customer call elok-elok,tanya pon elok-elok,jawablah dengan elok-elok.
Geram.Sangat geram.

Bila kena marah,aku rasa dah tak nak call.Biar aje burn hadiah tu,or jual aje kat orang lain.Senang.




Semua kerja penat.Mana ada kerja tak penat.Kalau tak penat pun,at least penat jugak.

Ah,boring kena marah.Suara dia bukan buluh perindu.Suara dia adalah buluh pesakit.Ya,that's it.Sakit hati campur telinga yang mendengar.Boring.

Aku tak nak sebut siapa yang marah aku.Bukan aku tak terima orang marah tu,cuma aku tak bersalah,tiba-tiba kena marah.Layak ke aku kena marah bila aku tanya apa hak aku?Loooooo....aku pun ada perasaanlah !




Saturday, December 1, 2012

Bercuti di Hotel Hydro

Entri aku semalam ada sebut pasal dinner.
Okay,last week aku join dinner company tempat keje abah aku kat hotel hydro.
Kat mana tu?Korang boleh tanya Google.

Walaupun mak ayah aku pernah jadi orang penang,tapi tak terlepas jugak kami semua untuk pening kepala,pusing-pusing jalan cari tempat ni.Abah aku asyik berkata betul ke jalan ni.Betul ke sini?Belah kiri hotel tu.Aku pun a'a...betullll...sebab tengok signboard.

Pukul 4 baru aku check in masuk.Satu family check in.Dapatlah double superior room.

First time masuk,serius aku ternganga sekejap.Dengan pemandangan indahnya...ahhh...cantik sekali.Hotel ni betul-betul depan pantai,cuma dipisahkan oleh jalan tar aje.



Ni gambar depan kolam renang.Tak berapa clear,takpelah.Pergi sendiri.Tengok sendiri.Yer.


Dari luar balkoni,ada nampak perumahan orang.Ala,sape agaknya pemilik rumah ni?
Kalau nak masuk minang aku,bagi kat anak dia,confirm aku terima !


Actually,ada 4 bangunan kembar ni,tak silap akulah.
Bakal kondominium aku nanti.Berangan.

Dah.Tak banyak gambar aku upload,sebab cameraman aku tak amik banyak gambar.Takde pon gambar hotel tu.Tapi,erm...erm...jadilah tu.

Malam tu turun pergi dinner.Ball room dia best,selesa.Aku suka.Penyanyi band dia pun best.Sedap suara dia.Makanannya erm...okaylah.Boleh tahan,mungkin sebab aku ni tak berapa suka ala-ala barat,so aku boleh cakap okaylah.Pelayan-pelayan dia bagus.Rajin.Keep it up.

Pagi  tu,before nak balik,kami turun sarapan.Memandangkan sarapan kami ditaja oleh KTPC,jadi sedikit sebanyak aku suka.
Mak aku cakap nasi lemak dia sedap.
Aku okay aje.Cuma aku suka pekerja dia.Baik aje layanannya.Walaupun penat,tapi sentiasa baik dan tersenyum.So,aku suka.Suka.Suka sangat-sangat.

Okay,penat dah menaip.Nanti aku sambung balik cerita pasal dinner pulak yer...


Aku admit,memang salah aku.
Kejar cita-cita,akhirnya berkecai.

Within by only one month,
aku habiskan novel aku.Aku karang cerita.Pagi.Petang.Siang.Malam.Niat di hati,aku cuba nak cari pendapatan lebih.

Dapat aje duit ptptn,aku beli printer yang berharga 300 ringgit plus something.Yelah,dah taip sampai seratus page,nak buat apa lagi?Jalan kedua,kena beli printerAku paksa aziz,otai kelas aku pergi beli printer kat KB MALL.Aziz pulak hati baik,tak cakap apa,tak banyak tanya,nasihat sikit-sikit,pun bawalah aku pergi beli printer tu..Print punya print.Kertas pun habis.Beli lagi.Print balik.

Dah siap print,aku ajak dua orang membe baik aku ni,Shu dan Sya pergi temankan aku binding.Lepas tu,pergi pejabat pos sama-sama.Penat.

Tunggu punya tunggu,fikiran terganggu.Aku sibuk masuk contest ni contest tu.

Okay,aku bukan nak cerita perjalanan usaha aku sebagai nak jadi penulis yang tak jadi.Tapi,aku nak menasihatkanlah kepada siapa-siapa yang nak berkarya tu,kali pertama apa dia kena buat sebelum jadi macam aku ni.

Pertama:Korang kena yakin korang ni boleh menulis ke tak?

Aku punya karya ditolak sebab publisher tu cakap aku punya karya berbelit-belit,takde jalan cerita yang menarik.Walaupun pembaca-pembaca merangkap kawan-kawan baik aku baca,diorang kata okay.Aku bagi jugak adik aku free reading,dia pun kata okay.So,aku pun tulislah.Dan aku pun kena reject lah.Tapi,aku still berterima kasih kepada pembaca aku sebab sudi baca manuskrip aku tu.

Kedua:Dapatkan publisher yang dipercayai,bukan pandai berjanji.

Aku ingatkan publisher yang aku hantar ni,okay.Sebab memang stabil pun aku tengok.Dia letakkan syarat beberapa minggu diorang akan balas keputusannya.Aku pun tunggu.Sebulan takde apa-apa.Dua bulan pun macam tu.

Aku contact.Dia reply.

We all busy dengan program.Sorry for it.

Aku pun okay.Tapi rupa-rupanya,setahun lebih,baru ada posmen hantar barang kat aku.Guess what?Manuskrip aku.Abah aku tanya,apa ni kak?Aku jawab takde apa-apa.

Tak sangguplah aku nak cakap abah,your daughter punya karya dah kena reject.
Tak sangguplah aku.Dengan abah dan mak,aku cakap aku ada hantar novel.Kalau novel aku ni berjaya diterbitkan,tu rezeki mak ayah aku.Rezeki adik-adik aku.Sebab aku nak tolong diorang.Tapi...erm...


Ketiga:Kalau nak menulis,bagi orang yang takde pendapatan macam aku ni,adalah dulu kerjaya yang tetap.Kalau tengah study,fokus pada study.Sebab study tu lah yang akan menjamin korang tuk berjaya.

Sebab novel,aku fail exam.Aku terpaksa panjangkan lagi semester aku.Kenapa?Sebab pensyarah aku yang suruh.Dan aku pon terpaksa berpisah kuliah dan kelas dengan kawan-kawan aku.Hari ni pun diorang dah grad.Tinggal aku jer yang tak grad lagi.

Apa agaknya perasaan aku erk?Sedih?Menyesal...
Boleh cakap padan muka kat aku kan?

Pengajarannya,tak semestinya apa yang kita ajar tu boleh kita dapat.Kalau dapat,maknanya bertuah.Kalau tak dapat,kita disalahkan.Oh ya,pada publisher tu,aku nak cakaplah.Kalau nak reject sekali pun,reject pakai kertas elok-elok.Jangan pakai kertas terpakai.Tu boleh tengok sejauh mana keikhlasan kita kan...kan...kan...



Why ! Why ! Why !

Why?
Why?

Aku dah rajin.Aku rajin buat kerja.Aku rajin nak fokus dalam kelas.

Tapi.Tapi...bila aku tengok gambar member satu kelas,satu badge aku grade,aku rasa down sangat-sangat.
Aku?Aku masih di sini.

Why?
Aku tak jealous.Tapi dalam hati ada rasa jealous tu.Ada jealous tu sangat-sangat.Double jealous.Triple jealous.Aku rasa down gila-gila.Sangat down.

Why aku jatuh?Why aku tak boleh dapat apa orang lain tengah dapat sekarang ni.Why?


Tengok orang lain pakai topi ni,aku nak pakai jugak.Tapi,aku kena sedar lambat lagi aku nak pakai topi ni.Admit it,memang salah aku.Siapa suruh aku tak usaha dolu-dolu?

Dah.Aku dah usaha.Dah usaha banyak kali.Dah usaha nak jadi terbaik.Tapi...

Rasa nak deactivate facebook pasal ni.Tapi,ada penting dalamnya.Nak deactivate.Rasa sayang.Tak nak deactivate.Bila tengok sedih lagi.Lepas tu nak deactivate.Lepas tu sedih balik.Dah sedih,nangis.Tu kerja aku.Bosan kan?

Ya,semua terjadi sebab tangan-tangan manusia.Mungkin sebab aku ni alpa.Aku ni leka.Tapi,aku dah cuba tak nak leka.Dah cuba tak nak alpa.Tapi aku still alpa dan leka.

Nak tak nak,aku kena terima kesilapan dan kesalahan aku.Salah aku.Silap aku.Siapa suruh aku pening kepala pikir pasal novel sampai aku jatuh?Kenapa perlu fikir pasal perasaan sampai jatuh?
Salah aku + silap aku =hasilnya sekarang.

Kepada kawan-kawan aku yang dah grad,tahniahlah !
Aku gembira.Ah ketawa dalam sedih !
To my dearest friend,i just can say,congrats...


Friday, November 30, 2012

Cuti-cuti-cuti-cuti

Yea….yeah…esok cuti.Lega.Boleh tido.boleh bangun lewat .
Penat kerja,rasa nak buang segala bagai letih ni.Walaupun takdelah kerja sangat aku buat pada hakikatnyalah.Tapi,aku suka latihan industri kat sini.Environment dia okay.Tak berapa busy.Tapi okay.Aku suka.

So,what's my plan tomorrow...
erm...
erm....

Tengok tv campur kartun = boring gak kadang-kadang.
Tengok komputer campur main game = bolehlah...

Apesal lah siaran kat tv asyik cerita macam tu jer.Boring.Takde feeling pon.Asyik-asyik citer pattern sama.Aku pon jadi jemu.Bosan.

Last week,abah aku menang baucer penginapan.Masa event diner tahunan tempat kerjanya.
So,hari ni,bila aku call si tuan punya telefon,naklah check in esok,dia kata full.
Pastu aku pon cakap nak minggu depan,dia kata full jugak.Tapi,kalau aku nak check in hari biasa dia bagi,katanyalah.

Alamatnya,tak jalan-jalanlah aku makan angin.Baru plan nak makan angin sambil usha orang kat Batu Feringhi,tapi habeh,tak boleh.



Macam best ajer duk kat tepi laut ke apa.Kan?



























Thursday, November 29, 2012


Salam orang muda sekalian…
Chewah,macam tua sangat yer aku ni.Pagi-pagi masuk office terus aku ada idea nak tulis pasal apa.Telefon bimbit dan zamannya…

Menurut wikipedia,telefon ni berasal dari perkataan Yunani,iaitu tele=jauh,phone=suara.
Bila disatukan jadi jauh suara.Pandai.

Dan Alexander Graham Bell yang bertanggungjawab memindahkan suara ke dalam bentuk telefon.Siapa pengasasnya yang mula-mula,boleh semak di SINI.

Dah habis baca,so sekarang ni balik kepada topik asal.Kenapa orang gunakan telefon selain nak berkomunikasi,bermesej dan segala macam,telefon ni pentinglah juga untuk aku main game di masa lapang aku.Korang pulak?Tak payah cakaplah,telefon korang canggih kan...

Telefon pertama yang betul-betul aku lihat depan mata,boleh pegang adalah nokia yang tebal tu.Kalau kena baling dengannya,memang SAKIT.



Lepas telefon ni,aku tengok abah aku pakai telefon ni...


Zaman aku pulak,yang dolu-dolulah,aku pakai satu telefon tu,aku pon dah tak ingat jenama apa,dan sedihnyer...kena curi.Huuu...wa...nangis sekejap.
Waktu tu baru aku sedar dalam kalangan manusia ni memang wujud pencuri telefon.Time aku masuk dewan exam,amik calculus,dia boleh balas telefon aku.Sungguh tak patut.

Dan sebulan lepas tu,aku beli lagi sebuah telefon.Sekali lagi kena curi jugak...disebabkan jatuh dalam perjalanan.Yang tu sebab kesilapan diri sendiri,so padan muka ajelah kat aku.Lepas tu,dua bulan aku tak pakai telefon.Malaslah aku.Nak merajuk.Beli,hilang.Beli,hilang.Baik tak payah beli.
Sampailah sekarang ni,aku setia pada setia yang satu..Gambar?Rahsia...

Actually,motif aku nak tulis pasal entri ni adalah sebab,zaman ni boleh mengubah benda-benda yang kita ada.Dari telefon seberat satu kilo boleh jadi sesangat sesangatlah ringan kan.



-Aku punya Cerita-


Wednesday, November 28, 2012

PEPERIKSAAN ? BEST....KALAU....

Salam semua…


Hari neyh la,aku ingat nak bubuh pasal zaman UPSR,PMR,SPM aku yang dolu-dolu… Bak kata orang,umur tu nak jadi tua aje,kenangan pulak nak muda jerr.

Zaman budak sekolah,pakai uniform putih,tudung pon senget-senget jer.Kalau yang boys pulak,cute miut jer aku tengok.Masa tu pun,dah rasa start nak minat orang,hihi.

Ohhh.tu zaman lama.zaman hingusan.
Sekarang,dah tuee...

Abah aku paling tegas bab bersekolah.Kalau bangun lewat pun kena pergi sekolah.

Masuk darjah enam,rasa dah jadi otai jer.Yelah,senior dalam sekolah rendah.Kerja aku asyik pau adik-adik aku jer (kejam ).
Jomlah,aku nak share saja-saja pasal cara belajar upsr,pmr dan spm ni,walupon aku ni sebenarnya biasa-biasa aje.Nak tak baca?Tak nak baca takpe,memang takde sape pon nak baca entri aku ni.

1.Buku mesti kat tangan

Skema?Takdelah...kalau buku kat tangan,walupon tak baca pon,takpe,buat semangat.Dari korang pegang komik,novel yang entah apa-apa,memang bestlah sebab komik leh wat kita ketawa,ada kelakar,ada bahagia,novel pulak,ada romantik-romantis gitu.

Tapi,tu bukan pengukur kejayaan kita.Letak dolu jauh-jauh,novel campur komik ni..Tu kertas peperiksaan percubaan tu, cuba tengok kejap .



Buku campur pensil campur pemadam,
campur pembaris dapat apa erk?
JAWAPAN


2.Buat past year

Bila dah buat,cari jawapan.Bila tak buat lagi,tengok jawapan,sikit punya bagus!Bila korang buat tak cari jawapan = tabik hormat aku kat korang.Tapi bila tak buat tak cari jawapan =PEMALAS.

Dan pemalas tu sebenarnya diri aku jugak.*Gelak besar*
Ala,amik masa korang tu untuk buat peperiksaan yang lepas-lepas.Tak rugi pun dik oi...



3.Tak payah tuisyen pun takpe,tapi RAJIN

Kalau korang rajin,semua benda takde masalah.
Yang masalahnya bila korang tak rajin tapi ada masalah.Masalah apa?
Malas.

Alasan korang senang aje kan.
Nak tengok naruto setiap hari.
Nak tengok sponge bob.
Nak pergi main bola sepak kejap.

Kalau jadual adik-adik aku ni semuanya penuh dengan schedule macam ni,iaitu RAJIN MENONTON TELEVISYEN,BUKU CUMA HANYA AKAN DIBUKA JAM 10 MALAM UNTUK MENGHABISKAN KERJA SEKOLAH PADA KEESOKAN HARI,kakak korang yang sorang ni takkan rasa korang akan berjaya.

Aku tak pernah ambil tuisyen,sebab adik-adik aku ramai.
Satu sebab lagi memang aku tak nak amik pun.Kenapa?Sebab aku ada banyak kerja sekolah nak kena buat,plus tuisyen free kat sekolah pon aku skip.Tapi,takpe,aku rajin....

4.Bila cikgu ajar,fokus

Cikgu ni bukan kat sekolah aje.Mama dan papa korang boleh jadi cikgu.Kalau ada maid kat rumah,maid korang pon boleh jadi cikgu korang.Kakak abang korang tu pun boleh jadi cikgu.So,bila cikgu ajar,tengok dan perhatikan yang apa dia ajar.

Cakap betul-betul,time aku ajar orang,aku paling suka bila orang tu angguk-angguk,geleng-geleng,apa yang aku ajar.Tengok kertas conteng aku 100 peratus.

Dan aku paling sakit hati campur menyampah,bebal,frusrated bila orang yang aku ajar tu buat benda lain atau pun...buat-buat tak tahu.Ada rasa nak baling dengan selipar jepun pun ada.





Sebenarnya,ada banyak lagi benda dan cara kita nak menghadapi peperiksaan ni.
Sebenarnya,kalau korang menghargai masa,semua benda akan menjadi mudah.Macam aku ni.Perasan
Tapi,kalau aku nak perasan pun apa salahnya kan?kan?kan?


Blog ini dimiliki oleh Cik CT.