Wednesday, November 28, 2012

PEPERIKSAAN ? BEST....KALAU....

Salam semua…


Hari neyh la,aku ingat nak bubuh pasal zaman UPSR,PMR,SPM aku yang dolu-dolu… Bak kata orang,umur tu nak jadi tua aje,kenangan pulak nak muda jerr.

Zaman budak sekolah,pakai uniform putih,tudung pon senget-senget jer.Kalau yang boys pulak,cute miut jer aku tengok.Masa tu pun,dah rasa start nak minat orang,hihi.

Ohhh.tu zaman lama.zaman hingusan.
Sekarang,dah tuee...

Abah aku paling tegas bab bersekolah.Kalau bangun lewat pun kena pergi sekolah.

Masuk darjah enam,rasa dah jadi otai jer.Yelah,senior dalam sekolah rendah.Kerja aku asyik pau adik-adik aku jer (kejam ).
Jomlah,aku nak share saja-saja pasal cara belajar upsr,pmr dan spm ni,walupon aku ni sebenarnya biasa-biasa aje.Nak tak baca?Tak nak baca takpe,memang takde sape pon nak baca entri aku ni.

1.Buku mesti kat tangan

Skema?Takdelah...kalau buku kat tangan,walupon tak baca pon,takpe,buat semangat.Dari korang pegang komik,novel yang entah apa-apa,memang bestlah sebab komik leh wat kita ketawa,ada kelakar,ada bahagia,novel pulak,ada romantik-romantis gitu.

Tapi,tu bukan pengukur kejayaan kita.Letak dolu jauh-jauh,novel campur komik ni..Tu kertas peperiksaan percubaan tu, cuba tengok kejap .



Buku campur pensil campur pemadam,
campur pembaris dapat apa erk?
JAWAPAN


2.Buat past year

Bila dah buat,cari jawapan.Bila tak buat lagi,tengok jawapan,sikit punya bagus!Bila korang buat tak cari jawapan = tabik hormat aku kat korang.Tapi bila tak buat tak cari jawapan =PEMALAS.

Dan pemalas tu sebenarnya diri aku jugak.*Gelak besar*
Ala,amik masa korang tu untuk buat peperiksaan yang lepas-lepas.Tak rugi pun dik oi...



3.Tak payah tuisyen pun takpe,tapi RAJIN

Kalau korang rajin,semua benda takde masalah.
Yang masalahnya bila korang tak rajin tapi ada masalah.Masalah apa?
Malas.

Alasan korang senang aje kan.
Nak tengok naruto setiap hari.
Nak tengok sponge bob.
Nak pergi main bola sepak kejap.

Kalau jadual adik-adik aku ni semuanya penuh dengan schedule macam ni,iaitu RAJIN MENONTON TELEVISYEN,BUKU CUMA HANYA AKAN DIBUKA JAM 10 MALAM UNTUK MENGHABISKAN KERJA SEKOLAH PADA KEESOKAN HARI,kakak korang yang sorang ni takkan rasa korang akan berjaya.

Aku tak pernah ambil tuisyen,sebab adik-adik aku ramai.
Satu sebab lagi memang aku tak nak amik pun.Kenapa?Sebab aku ada banyak kerja sekolah nak kena buat,plus tuisyen free kat sekolah pon aku skip.Tapi,takpe,aku rajin....

4.Bila cikgu ajar,fokus

Cikgu ni bukan kat sekolah aje.Mama dan papa korang boleh jadi cikgu.Kalau ada maid kat rumah,maid korang pon boleh jadi cikgu korang.Kakak abang korang tu pun boleh jadi cikgu.So,bila cikgu ajar,tengok dan perhatikan yang apa dia ajar.

Cakap betul-betul,time aku ajar orang,aku paling suka bila orang tu angguk-angguk,geleng-geleng,apa yang aku ajar.Tengok kertas conteng aku 100 peratus.

Dan aku paling sakit hati campur menyampah,bebal,frusrated bila orang yang aku ajar tu buat benda lain atau pun...buat-buat tak tahu.Ada rasa nak baling dengan selipar jepun pun ada.





Sebenarnya,ada banyak lagi benda dan cara kita nak menghadapi peperiksaan ni.
Sebenarnya,kalau korang menghargai masa,semua benda akan menjadi mudah.Macam aku ni.Perasan
Tapi,kalau aku nak perasan pun apa salahnya kan?kan?kan?


No comments:

Post a Comment

Bicara seorang pemerhati...

Blog ini dimiliki oleh Cik CT.