Friday, September 30, 2011

Masak laksa first trial..

Hari ni first time aku wat laksa..Mencuba setakat yang mampu..Rupanya ramai yang suka.Thank guys..terharu saya..Mana taknya belum pernah lagi aku wat laksa.Kalau kat rumah mak yang wat.Tak sangka plak orang suka.
Resepi laksa tuh..ermm begini...

Sebiji bawang besar ditumbuk halus.(nak buh banyak pun boleh)
Dua tin sardin bersaiz kecil(prefer sardin ayam brand ikan mackerel)
Daun kesum
4 keping asam keping
secubit belacan
Bunga kantan
Cili boh
10 biji cili api..(Banyak pun takpa DAN ditumbuk)
Garam
5 cawan air

Cara-caranya

1.Tumbuk sebiji bawang besar
2.Tumbuk ikan sardin.Kuahnya jangan dibuang.
3.Masukkan air ke dalam periuk.
4.Masukkan ikan sardin dan kuahnya.
5.Masukkan cili boh dan cili api.
6Masukkan bawang besar yang ditumbuk.
7.Masukkan daun kesum,bunga kantan,belacan.
8.Masukkan garam...

p/s Selamat mencuba!
Blog ini dimiliki oleh Cik CT.