Tuesday, June 11, 2013

Bertemu teman lama

Salam ...

Hai dear...

Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Well, sebab busy dengan banyak perkara.
Topik aku nak kupas dalam blog aku hari ni pasal bertemu dengan kawan lama.

Kawan lama tu bukan setakat kawan yang dah lama kita berkawan, tetapi ada kenangan kita dengan dia pun boleh jugak kalau nak kategorikan sebagai kawan lama. Tapi, sejauh mana kemesraan itu kembali terjalin kita tidak tahu. 
Macam seorang blogger ni merangkap kawan kelas aku sendiri.

Ada satu kejadian membuatkan aku terjumpa dia balik setelah hampir tujuh tahun aku berpisah.
Dia kawan kelas aku. Tetapi, seingat aku masa di awal persekolahan dia sangat banyak cakap dengan aku.

Tapi, satu saat bila dah bertemu balik, dia betul-betul berbeza dari dia yang aku kenal. Aku still ingat dia, gaya dia berjalan. Aku ingat lagi masa dia nak makan pizza dengan kawan aku, dia pulunlah ajak aku. Masa tu, aku rasa aku mula minat dia. Tapi, bila dah masuk tahun seterusnya, dia sangat berbezalah. Bila bercakap dengan aku pun jarang-jarang. Aku mengaku, aku budak tak berapalah nak sepandai dia kan....

Dan lebih sedih bila aku friend dengan dia dalam facebook tiba-tiba jadi unfriend. Bila aku add dia tak approve pun so, aku pon cancel balik request aku. Sebabnya aku sedih giler-giler...

:( :( :(

Hahaha... dan itulah namanya kawan lama.
Aku ada trserempak dengan dia sekali lagi. Tapi, punyalah aku sengih, dia boleh buat tak tahu jer dengan aku???


Aku tak kata kejam. Tapi, kat sini boleh simpulkan mungkin dia pun dah tak ingat aku. Jadi, lepas terserempak tu, dan dia pun buat tak tahu masa aku sengih kat dia, aku pon buatlah cara aku. Dah orang tak layan, buat apa nak terkonang-konang??

Aku pon tak kisah dah... cuma aku harap seandainya dia boleh ingat aku, tegurlah aku.
Aku bukan apa, macam mana pun terpisah , dia still kawan aku.
Kawan yang pernah aku gaduh (menakutkan).
Kawan yang pernah aku jalan-jalan sebelah... (bertiga okay...)
Dan kawan yang ada jugak menyakitkan hati aku dengan kata-kata pedasnya...

Okaylah, out dulu. okbai.
Blog ini dimiliki oleh Cik CT.