Thursday, August 15, 2013

Raye Raye Raye....

Selamat hari raya aidilfitri semua.
Maaf zahir dan batin...


Weyhh... raya-raya camni tak jalan mana-mana erk?
Mestilah kan... mana ada duit raya untuk kita yang dah tua-tua ni.
Kena bagi duit raya adalah...

Tulah lumrah hidup.
Dari bayi sampai ke kanak-kanak.
Dari kanak-kanak ke remaja.
Dari remaja ke dewasa.
Dari dewasa ke ?

Raya kali ni aku lebih banyak spend dengan family kecik dari famlily besaq aku.
Bukan tak mau raya kat kampung, tapi aku rasa bila sambut raya kat rumah sendiri lebih seronok dari kat kampung.
Kat kampung aku tu bukannya tak best tapi time-time raya nilah dia buat hal. Tau pasai pa?
Kat kampung aku ayaq pun sat ada sat takda. Kalau nak mandi ke apa, macam kena catu tu...
Penat ooo...

Hangpa bayangkan bila takda ayaq, hidup jadi lagu mana?
Silap hari bulan tahanlah sakit perut tu...
Nak amik ayaq sembahyang pun payah..
nikan bila sakit perut.
Kan haru tu..

Raya kali ni dah takdak sapa nak bagi aku duit raya.
Takat sekupang dua pun tak dak..
Mungkin ekonomi sama kut. Entah.
Kalau dulu pakat tadah tangan jah...
Bila ada orang huluq, amik ja...
Sengih sampai ke telinga.

Blog aku ni pasaipa macam pantun jer aku tengok. Berperenggan-perenggan.
Entah... aku pun tak paham. Mungkin tengah mood raya ni, aku pakai hentam kromo bila karang ayat.Abaikan.

Okaylah. Babai!



Monday, August 5, 2013

Balik Kampung

Salam to all...

Dalam dingin subuh hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan

Lagu raya terus bermain di corong radio. Tak kiralah di mana saja. Kalau tak kedengaran di radio, kita atau orang lain sekitar yang pasang.
Macam-macam lagu kita boleh dengar.
Cuma bukanlah aku nak kritik ke apa, tapi aku lebih suka dengar lagu lama dari lagu baru. Nilainya lebih sentimental.

Berada di rantauan walaupun cuma berpisah daerah dan negeri saja, tu dah banyak mengajar aku betapa kita kena menghargai keluarga kita.

Dolu.. satu ketika bila naik bas, mesti depa pasang lagu raya.
Lagu balik kampung la.
Lagu suatu hari di hari raya.
Hua... masa tu ataih bas rasa nak melompat terus jer dari kelantan pi kedah.

Tapi, tu dolulah...
Satu ketika dolu.

Walaupun kelantan tu cuma jauh negeri jer..
tapi kan nak merentas hutan belantara tuh.. fuh... cukup-cukup penat. Terasa jauhnya beribu-ribu batu.
Masa tu seminit pun terasa sejam
sejam pun terasa sehari...

Tapi, tulah namanya pengalaman.
Pengalaman tu yang banyak mengajar kita tentang erti kehidupan.

So, sekadar perkongsian, tips balik kampung aku rasa nak kongsi...

1]  Tiket kena booking awal

Bukan sebarang tiket ya! Maksud aku tiket bas ke kereta api ke. Jangan korang tunggu sehari nak raya baru pi amik tiket. Memang tak balik rayalah jawabnya. Bukan apa... takutlah last minit punya tiket nampak gayanya tiket naik lori ayam jer lah jawabnya...
Amik tiket awal senang. Korang tak perlu pikir dah bila nak dekat raya...

2] Pastikan korang amik cuti awal.

Maksud aku pada yang tengah belajar tu cuba korang confirm ngan lecturer korang bila korang nak balik cuti. Sebab ada lecturer nak ganti kelas lepas raya sebab nak raya dulu. Ada jugak lecturer yang tak kurang tegasnya. Itu masalah sikitlah...

3] Beli persiapan untuk raya awal

Kalau malam raya baru nak cari baju kurung ke apa, korang kena menghadapi semua kesesakan lalu lintas. Kalau korang sabar, takpelah. Tapi, bagi orang yang badannya saiz baju payah nak dicari, lebih baik korang sedia awal. Takut takdelah baju raya korang nanti.

Apa lagi erk... nanti aku kongsi balik ya. K bai!

Thursday, July 18, 2013

KENANGAN: BILA KESUSAHAN MENGAJAR KITA TENTANG ERTI HIDUP

Salam Jumaat.
Salam buat semua.

Tiba-tiba bila ramadhan datang ni, aku mula terasa gatal tangan nak menulis menaip tentang hal kesusahan. Semua orang kalau yang seperti aku pernah susah kan? Maksud aku hidup susah.
Tapi, ada jugak orang yang tak kenal erti kesusahan hidup, jadi yang itu memang rezeki dia dan dia kena bersyukur dengan apa yang dia dapat.

Soal kesusahan membuatkan adakalanya aku bersyukur sebab aku dilahirkan dalam keadaan susah. Tapi, hari ni aku saja nak share pasal kesusahan keluarga aku semasa kecil. Tapi, alhamdulillah sekarang ini kehidupan kami bertambah baik.

1. Pergi sekolah bawak duit dua kupang.

Yer... mesti ada yang percaya kan? Heheh... tapi waktu tu kebanyakan kawan aku bawak duit seringgit dua. Tapi masa darjah satu aku cuma bawak dua kupang. Tapi, nak kisah apa kan, memang orang dulu pun bawak duit lima duit ja pon...
Masa tu duit cuma cukup untuk beli air segelas ngan sebijik kuih.
Kalau ada rezeki mak atau abah aku bagi tiga kupang. Tu pun bolehlah dan nak makan mi goreng sepinggan.

2. Makan berkongsi.

Kalau abah aku beli burger mesti kitorang kerat empat. Mak aku mesti beralah punya. Tapi, bila kenang-kenang burger tu daifnya bila kena kerat empat kan? Dapat banyak mana sangat boleh telan masuk mulut. Tapi, itulah kenangan.

Bila beli aiskrim pun, kena kerat tiga. Aiskrim bukan cornetto, magnum ke apa.. aiskrim batang jer pon. Tu pun kena kerat jugak. Adik lelaki aku yang bawah aku selalu dapat bahagian tengah.
Heheh... ketawa sedih.

Bila beli pisang goreng, kami akan dibahagi. Adalah sorang dapat dua bijik jer. Tapi, tu pun dah cukup bersyukur time tu.

Banyak lagi yang kami tak mampu. Tapi, ni jer aku boleh kongsi.

3. Pakai baju bundle kena ejek dek orang.

Well... sebab aku susah nak merasa baju supermarket pun payah. The store ke pacific ke tak payah cakaplah. Tak pernah aku beli baju time tu. Beli baju pun yang orang lain lelong pakai kereta diorang. Siap kena ejek lagi sebab baju aku lusuh. Bila kena ejek, balik aku menangis cerita kat emak aku. Tapi, mak aku cool aje.

4. Orang tak mau kawan dengan aku.

Mungkin sebab susah, jadi automatik aku agak dipinggirkan. Masa tu aku rasa eh aku ni hodoh ke? Sampai orang ejek aku busuk. Aku pun tertanya-tanya kenapa aku takde orang nak kawan dengan aku.
Jadi bila aku tanya diorang jawab diorang , "mak kita tak bagi kawan dengan engko."
Sekali lagi balik rumah citer kat mak.
Mak macam biasa cool.
Tapi sedih sebenarnya tu.
Saja buat cool. Sayang emak abah.

5. Balik kampung naik trak askar.

Masa tu macam nikmat jer boleh balik kampung dengan kenderaan ni. Tapi, bila sekarang ni aku pikir balik, susah betul sampai kena tumpang trak askar. Sebab masa tu abah tak beli kereta lagi.
Jadi, secara automatik kena naik trak yang ada tilam dalam dia sebijik dua, buat lapik tido.

Kalau pergi bandar pun mak, aku dengan abang aku naik bas. Abah dengan adik-adik aku naik moto.
Tapi, masa tu rasa excited segala bagai jer. Tak pikir pun yang emak lagi sedih kena naik kenderaan awam.

6. Tak naik supermarket besar-besar.

Kalau masa tu, abah selalu beli barang dapur pun kat kedai felda. Tak silap aku abah pernah berhutang dengan felda. Tak pasti. Tak silap akulah. Dan punyalah susah sampai aku selalu teringin dora punya coklat tapi tak dapat.
Aku pun tak kenal apa tu da store segala bagai.

KFC, McDonald apa-apa lagi pon aku tak kenal. Tapi, budak lani rezeki diorang lebih baik dari aku.
Baby-baby dah makan semua benda tu.

Alah.. aku cakap kat sini macam aku sorang ajer kan susah? Ceh... ada lagi ramai orang susah dari aku.
Kalau kita rasa susah, makan nasi lauk telur masak kicap, orang lain lagi susah tau. Orang lain entah ada nasik kan tidak. So, kena bersyukur banyak-banyak. ALHAMDULILLAH.

okaylah, aku nak masuk kerja . Masa rehat dah habis. So, aku nak pergi kerjalah. Nak kena kerjalah.

# Puasa baru seminggu dah sibuk pasang lagu raya.

Thursday, July 11, 2013

Salam jumaat
Salam ramadhan to all...

Hari ni adalah kali kedua aku bekerja semasa ramadhan.
Kalau dulu aku berpuasa dan menyambut raya di Flextronic.
Tapi hari ni aku menyambut raya di kilang aku ni (saja aku nak rahsiakan sebab kalau aku cakap kat sini, satu kilang tahu pasal identiti aku).

Masa tu aku boleh nilai lelaki-lelaki ni macam mana...
Mana yang solat, mana yang sama naik juhak macam perempuan.

Well, honestly ciri-ciri bakal suami aku nanti
kalau boleh biarlah ada dalam senarai di bawah. InsyaAllah...

1-Ada ilmu agama. Maksud aku solat tak tinggal, puasa pun sentiasa on jer... kalau boleh dia pimpin aku, sebab aku ni pun tak cukup ilmu nak memimpin orang.

2-Bukan pakwe atau milik orang lain.
Nauzubillah min zalik.
Seboleh-bolehnya aku mintak semua ni dijauhkan walaupun dia cuma couple orang lain.
Kenapa? Sebab aku tak mahu jadi perampas. Bila barang kita dirampas, kita rasa macam mana eh? Kalau ada perasaan macam tu berkembang dalam diri, insyaAllah aku akan cuba buangkan perasaan itu jauh-jauh.

3-Pendapatan dia cukup untuk menyara aku. Hahaha...

4-Pandai memasak dan mengemas.
Untuk kepentingan diri, okay.

5-Tahu menjaga diri.
Well... kepentingan jugak kan...


Ada lagi senarai penting yang lain. Cuma, malas aku nak list banyak-banyak.
Biarlah aku simpan yang lain untuk rahsia aku.

Ni bukan iklan cari jodoh tau. Aku saja nak cerita-cerita jer taw...

Okay, masuk balik puasa masa kerja ni.
Memang menguji keimanan. Ditambah pulak dengan kepenatan dan kelelahannya.
Lagi tak terdaya.

Kerja pun lebih bertambah dengan ujiannya. Ujian macam mana? Tekanan. Kena marah dan rasa nak marah tu semuanya pakej.
Masa tu mula aku terpikir, betapa hebatnya tekanan ini kalau nak banding tekanan masa aku jawab final exam dulu. Kalau dulu, aku rasa tak sabaq-sabaq nak kerja, tapi lani aku rasa kenapalah aku boleh rasa macam tu satu ketika dulu.Hua... rindu zaman universiti.

Tapi, moment kat sini akan aku rindui selepas ini.
Setelah aku pergi dari sini, aku akan rindukan kenangan kat sini.
Masa tu baru aku rasa betawpa indahnya kenangan lama.
Kenangan tu kita akan hargai.Hehehe...

Saturday, July 6, 2013

HIDUP DAN KERJA

Salam to all...

Rasanya dah lama aku kureng update pasal entri aku, memandangkan aku punya blog takdelah mendapat
tempat sangat di hati pihak di luar. Takpelah. Abaikan. Sedih tu adalah jugak sedihnya. Tapi, blog kan... sape kita untuk memaksa kan??


Tapi, aku mengaku jugak blog aku ni mana ada benda menarik pun. Setakat citer-citer biasa yang aku karang dan tak berapa sedap untuk mata yang membaca, nak buat macam mana kan?

Abaikan. Abaikan. Abaikan.

*****
Dah bergelar budak habis grad ni, aku rasa sama je dengan yang tak grad.
Mana ada hidup ni kena tidor makan duit masuk macam tu? Adalah, kalau dia adalah pemalas atau mungkin dia memang dah kaya raya, jadik tak payahlah bersusah payah aku ni. Yer dak??

Memandangkan kos aku ni agak payah untuk kerja datang menghampiri, aku mulalah menimba pengalaman aku kerja sebagai kerani? Kerani di mana? Di sebuah kilang jepun dalam malaysia...

Bercakap soal kerja ni kan, satu ajer yang aku tak puas hati. Tentang gaji tu adalah kisah, tapi tak berapa kisah sangat, sebab pertama dia bagi gaji on time dan dia tolak epf socso segala bagai adalah aku dapat lapan ratus plus plus... Kerja dia pun main dengan kertas hari-hari. Nak kata membebankan tu, tak adalah sangat. Mana ada kerja senang dalam hidup ni. Even director atau CEO pun kena pakai kepala otak dalam-dalam nak atur strategi syarikat.Yer dak???

Eh, aku nak cerita pasal apa sebenarnya???

Aku nak cerita pasal kerja aku. Yang menjadi satu benda pelik dan tanda tanya kepada aku, si pekerja, aku hairan tang satu perkara. Iaitu kerja aku di samping menaip dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti dokumentasi, aku jugak secara tak langsung kena menjadi cleaner kepada si kilang. Percaya atau tidak? Aku pun tak percaya. Aku ingat kerja kerani ni lebih okay sikit dari kerja operator. Rupa-rupanya, tidak sama sekali. Kerja aku turut bermain dengan si mop dan penyapu untuk lantai dibersihkan. Giler tak giler? Aku pun tak paham...

Kadang-kadang tu timbul jugak dalam kepala otak aku, kenapa aku belajar tinggi-tinggi, akhirnya pegang semua ini? Berbaloi ke kalau dulu aku buka buku setebal lima inci kasut wedges aku berbuku-buku untuk jawab soalan final, dan akhirnya aku pegang mop dan penyapu?

*****
Aku tak kata kerja ni hina. Sebab tu aku sanggup.
Bahkan, aku tabik hormat pada pencuci.
Aku sedar siapa aku. Aku pun bukanlah dari anak kaya.
Abah aku pun satu ketika dulu pernah jadi pencuci lepas dia pencen askar. 

Dan sekarang ni bila aku dah letakkan diri aku dengan apa yang aku lalui, aku dah rasa betapa besarnya pengorbanan seorang ayah tu bila nak bagi anak-anak dia sekolah dan makan cukup. Tapi, kalau aku tak lalui semua ni mesti aku tak rasa apa yang abah pernah rasa. Kalau aku terus lompat duduk atas kerusi empuk, pegang pen, sign itu ini, mesti aku tak rasa apa yang orang-orang bawah aku rasa. Jadi, bila aku dah rasa apa yang aku rasa sekarang ni, aku harap sangat-sangat HR pon boleh faham dan consider berbaloikah kerja aku dengan gaji sebanyak 800 tapi boleh buat dua tiga kerja dalam sehari. 

Satu hal yang tak best lagi bila contoh waktu punch out card untuk masa balik pukul 5.15. Tapi, kalau aku terovertime kerja dan balik dalam 5.45, stengah jam tu tak dikira pun. Kira macam free work aku bagi kat depa.

Dan menjadi tanda tanya lagi apabila aku terlewat seminit, duit gaji aku dipotong macam ayam kena sembelih lehernya...

Berbaloikah??

Aku bukan sengaja nak kutuk. Tapi, ada yang tak kena dengan HR management ni...
Ni kira aniaya pekerja ke apa eh?
Walaupun aku nak kerja kat sini takdelah akan lama lagi sebab insyaAllah, aku pun nak kena tukar kerja untuk ijazah aku, tapi aku harap sangat HR akan hargai depa yang dah kerja bertahun-tahun. Sepatutnya HR peka dengan hal ni. Adil pada pekerja sendiri. Tak rugilah. 

Dulu aku pernah jugak kerja kilang. Jadi operator. Tapi, kitorang nak pegang penyapu pun takde. Masing-masing dibagi kerja sendiri. Ini tak cleaner pejabat HR jugaklah jadi tukang bancuh teh untuk diorang. Tu kira adil ke? Masa aku kerja kilang dolu pun, gaji aku kalau aku terawal datang kerja atau terlambat balik kerja, semua dia kira jadi overtime. Tu baru betul jaga hal pekerja...


p/s: kerja, kalau tak kerja, takde duit. Kalau kerja banyak pula songehnya yer...

Tuesday, June 11, 2013

Bertemu teman lama

Salam ...

Hai dear...

Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Well, sebab busy dengan banyak perkara.
Topik aku nak kupas dalam blog aku hari ni pasal bertemu dengan kawan lama.

Kawan lama tu bukan setakat kawan yang dah lama kita berkawan, tetapi ada kenangan kita dengan dia pun boleh jugak kalau nak kategorikan sebagai kawan lama. Tapi, sejauh mana kemesraan itu kembali terjalin kita tidak tahu. 
Macam seorang blogger ni merangkap kawan kelas aku sendiri.

Ada satu kejadian membuatkan aku terjumpa dia balik setelah hampir tujuh tahun aku berpisah.
Dia kawan kelas aku. Tetapi, seingat aku masa di awal persekolahan dia sangat banyak cakap dengan aku.

Tapi, satu saat bila dah bertemu balik, dia betul-betul berbeza dari dia yang aku kenal. Aku still ingat dia, gaya dia berjalan. Aku ingat lagi masa dia nak makan pizza dengan kawan aku, dia pulunlah ajak aku. Masa tu, aku rasa aku mula minat dia. Tapi, bila dah masuk tahun seterusnya, dia sangat berbezalah. Bila bercakap dengan aku pun jarang-jarang. Aku mengaku, aku budak tak berapalah nak sepandai dia kan....

Dan lebih sedih bila aku friend dengan dia dalam facebook tiba-tiba jadi unfriend. Bila aku add dia tak approve pun so, aku pon cancel balik request aku. Sebabnya aku sedih giler-giler...

:( :( :(

Hahaha... dan itulah namanya kawan lama.
Aku ada trserempak dengan dia sekali lagi. Tapi, punyalah aku sengih, dia boleh buat tak tahu jer dengan aku???


Aku tak kata kejam. Tapi, kat sini boleh simpulkan mungkin dia pun dah tak ingat aku. Jadi, lepas terserempak tu, dan dia pun buat tak tahu masa aku sengih kat dia, aku pon buatlah cara aku. Dah orang tak layan, buat apa nak terkonang-konang??

Aku pon tak kisah dah... cuma aku harap seandainya dia boleh ingat aku, tegurlah aku.
Aku bukan apa, macam mana pun terpisah , dia still kawan aku.
Kawan yang pernah aku gaduh (menakutkan).
Kawan yang pernah aku jalan-jalan sebelah... (bertiga okay...)
Dan kawan yang ada jugak menyakitkan hati aku dengan kata-kata pedasnya...

Okaylah, out dulu. okbai.

Wednesday, January 16, 2013

Lukisan 3D

Hai korang !

Semalam, masa aku sibuk belek facebook aku, tetiba aku terasa nak tukar cover photo.
Aku belek-belek dalam Google, aku pun terjumpalah dengan banyak lukisan dan foto yang menarik. Tapi, yang paling menarik dan memikat hati aku, adalah lukisan 3D.

Lukisan 3D ni bukan macam lukisan biasa.
Ada kalanya kita sebagai pemerhati pun boleh jadi keliru, sebab lukisan tu seolah-olah hidup walaupun pada hakikatnya cuma menggunakan teknik kreatif, unik dan menariklah...

Berikut adalah contoh-contoh lukisan yang membuatkan aku sukalah tengok:



Kalau korang tengok, macam gaung, tapi sebenarnya jalan biasa yang dia boleh buat lukisan macam ni...
Menarik kan?


Lukisan ni macam ... gayat sikitlah.. tapi sebenarnya cuma lukisan atas jalan biasa jugak..
awesome!!!



Sama jugak macam di atas. Lukisan 3D jalanan yang membawa maksudnya tersendiri...

Sumber: Google




Macam yer-yer jer kan.. erm.. seseorang dari gambar bagi pensil kat orang di luar.
Huh, macam seram, tapi terbaik.











Okay, korang boleh tanya mr google lagi...
Banyak lagi gambar yang mr google boleh kasi.

Tahniahlah kepada semua pelukis 3D yang mampu menghasilkan lukisan macam ni...



Tuesday, January 15, 2013

Perlu ke make up yang tebal untuk cantik?

Salam
Hai
Dear...




Lelaki hensem depan mata.
Kena jaga imej.
Muka dah letak bedak ke...
ops.. undo balik.

Dah letak toner? Dah letak pelembab muka? Dah letak bedak padat tebal-tebal. Bulu mata melentik.
 Kanta mata bagi besar sikit mata...



Pening kepala kan tengok gambar kat atas? Yes... Totally dizzy...

Pening kepala i..

Aku perempuan. Aku faham apa yang perempuan rasa. Aku faham bila ada orang perempuan sanggup bermake up tebal semata-mata nak tarik pandangan orang kat dia. 
 Ada jugak sebab nak bagi kepuasan kepada diri sendiri. Dengan make up dia ada keyakinan yang tinggi...

Tapi,  takkanlah sampai keluar pergi pasar pun nak macam ni...


Kebanyakanlah.. bukan kebanyakan, tapi kawan aku, abang adik aku...
Diorang sebenarnya lebih
lebih
lebihlah suka tengok perempuan yang natural beauty gituh..

Kenapa?
Sebab natural beauty tu macam dia takdelah nak jadi orang lain. Dia jadi diri dia sendiri. Memanglah aku tak nafikan ada orang menjadikan make up tu sebagai keperluan, satu kepentingan.
Tapi, kalau bagi pendapat aku, memadailah make up ringan-ringan aje.

Well... rambut sama hitam. hati lain-lain.
Yes, that's the perumpamaan.

Serius, aku bukan kategori yang jenis mengutuk. Cuma aku suka berkongsi pendapat. Pendapat itu pun bukan tertumpu kepada semua wanita.

Pernah aku baca satu blog seorang lelaki.
Ternyata dia pun sukakan perempuan yang natural beauty.

Make up tu bolehlah, tapi jangan sampai kita pun boleh jadi orang lain.
Aku pesan kat diri sendiri.

I leave you with this sweet quotes:

If you takes your eyes on me, i prefer you to see what am i supposed to be for you..

Tuesday, January 8, 2013

Hati kering (Heartless)

Ai...

Entri heartless tu sebenarnya ditulis apabila aku terkenangkan seorang kawan.
Yes, dia hearless.
Kalau dia baca macam mana?
Well... 'dia' kat sini bukan merujuk kepada seorang tapi ramai...
Aku malas nak pakai dia orang,
sebab dia orang tu memang orang.Senget sekejap.




Heartless tu kalau ditanya maksud dia menurut kamus aku adalah hati kering.
Hati kering.
Macam mana hati kering tu? Macam hati kalau bubuh dalam oven pun tak rasa apa-apa.
Bubuh dalam peti ais pun tak rasa apa-apa. Padahal masa duduk dalam oven tu menangis je pon. Bila bubuh dalam peti sejuk menggigil je pon.


Eh, bosan doww dengan orang heartless ni.
Bosan betul. Serius bosan.Bosan. Bosan. Bosan.
Bosan. Bosan. Bosan.

Contohlah... benda yang kita rasa penting bagi kita tapi dia boleh heartless senyap.
Dan kita pun terfikir satu perkara  aku bukan penting sangat.
Bercakap dengan dia macam cakap sorang-sorang. Aku rasa dia memang heartless.


Orang heartless ni dia nampak aje apa yang berlaku. Dia tahu je apa yang berlaku.
Tapi, dia buat dia tak nampak dan dia tak tahu.
Bengang sekejap. Yes, aku bengang dengan orang heartless ni.

Nak berkawan. Tapi tak reti nak layan kawan.
Nak berkasih tapi tak reti nak layan kekasih.

Eeeee.... ayat last tu toing2 kena dekat orang sekitar aku. Dan tak nafikan aku tengok pon aku tertekan.

Do I care?
Do I care?


Or...
ayat best sikit...


Ada aku kisah?
So,what?
Apa nak jadi,jadi.
Ko punya pasal, apehal pulak aku nak kisah?

Tapi, kena ingatlah, kita boleh buat heartless dengan orang. Satu hari nanti tak mungkin kita akan terlepas dari orang pulak buat heartless dengan kita. Masa tu, aku boleh bilang,
lu punya pasal la ! Apa pasal wa nak kena amik tahu.
Masa tu baru sedar, ah... aku tak jumpa lagi kawan macam ni.
Kawan macam sekarang tak sama macam kawan dulu.


Hahahahahahahahahahahahhaha
Hahahahahahahahahahahahahhaha

Baru rasa kan macam mana aku terasa. Masa tu aku nak gelak kuat-kuat. Yes laughing is better than crying alone. 




Blog ini dimiliki oleh Cik CT.