Madah cinta Safeera

   Ada kalanya aku tidak mengerti mengapa selalunya cinta yang hadir itu sebenarnya balutan kekecewaan.Ada kalanya aku khuatir juga apakah sebenarnya cinta itu wujud.Aku tidak pasti mana erti jalinannya biarpun aku keliru dari ertinya yang sebenar.Terlalu ramai aku melihat wanita menangis gara-gara seorang lelaki,tidak kurang juga ada yang kecewa gara-gara seorang wanita.Mereka masing-masing menyalahkan satu sama lain.Konon bibir bermadah kata cinta tetapi jauh di hati perasaan cinta itu makin lama kian luput.

   Safeera menutup novel ‘Bisikan Rindu’ terbitan alaf 21.Dia menggeleng,lalu bangun dari duduknya.Dia menapak ke dalam rumahnya.Di pundaknya ada sesuatu yang memberat sehinggakan tak terluah dek kata-kata.Ada banyak perkara yang perlu difikirkannya.Ada kalanya dia tidak pasti apakah setiap kekeliruan itu ada jawapannya.

   Dia menapak perlahan memanjat tangga kayu di dalam rumah ke tingkat atas.Pintu biliknya diselak.Dia melangkah pula ke balkoni.Kali ini pandangannya dilemparkan sepi di balkoni itu.Direnungnya pemandangan alam yang menghijau yang terbentang luas di hadapan matanya.Renungannya juga pada langit yang membiru yang kadang kala kelihatan segerombolan burung layang-layang terbang nun di awan angkasa itu.

   Lama dia menegak di situ.Fikirannya kosong.Dia membuka helaian novel itu yang paling akhir.Ada sesuatu yang terselit di celahan helaian itu.Direnungnya dengan genangan air mata.Ya,air mata kecewa.Air mata yang mengalir dari sekeping hati yang terluka.Dari jiwa yang sakit tetapi dipendamkan sahaja kesakitan itu.Tiada berubat.

   Apakah mencintai tetapi cinta tidak berbalas itu hakikatnya gembira?Apakah itu semua ujian bersimpulkan dugaan?Ya,ujian yang tidak pasti mampukah kita menghadapinya.Dia terduduk sejenak...

   “Aku mencintai kakakmu,Aliya Saerah.Dia yang kucinta.Benar,kita berteman tetapi perasaan itu bukanlah perasaan atas dasar cinta..Ainur Safeera...”

   “Benarkah kau mencintai kakakku?”

   Mengapa kau perlu diam tanpa jawapan.Jawablah Fazri!Aku butuhkan jawapanmu biarpun aku tahu jawapan yang bakal kudengar sekali lagi menghiris hatiku.Salahkah kalau aku merayu?Salahkah kalau aku meminta kau menarik kata-katamu?Safeera terduduk.Kali ini dia terhinjut-hinjut di situ.
                                                                     *****
   Tuhan,bumi timur yang aku duduki ini adalah satu nikmat.Satu anugerah.Di sini aku berlari dari kehidupanku yang realiti.Aku berlari meninggalkan mereka yang pernah menyayangiku.Aku juga berlari meninggalkan mereka yang tidak tahu apa-apa.Ayahanda,Bonda,maafkan anakanda.Hanya ini jalan yang anakanda dapatkan.

   Uitm cawangan Machang tidaklah sebesar Shah Alam.Aku memandu keretaku masuk ke dalam perkarangan Uitm .Ada sebuah padang bertar di sebelah kiriku,agak luas.Kulihat juga ada beberapa kumpulan pelajar berpakaian serba merah.Ya,mereka inilah Kesatria.Pendekar Uitm demi merebut mata kokurikulum.Di sinilah aku menumpahkan kasih sayangku pada anak-anak bangsaku.Pengajian demi pengajian aku harapkan dari mereka.Taburan ilmu yang kuberikan moga-moga anak bangsaku menghargainya.

   Hari demi hari aku di bumi Kelantan ini mendamaikan aku.Melupakan segala keserabutan.Membawa hidupku lebih tenang dan aman.Luka di hati terubat serta merta biarpun aku tidak nafikan masih berbekas.Hampir dua bulan segala-galanya berlalu.Hampir dua bulan juga aku tidak menghubungi ibu bapaku.Maafkan anakanda,bonda,ayahanda.Setiap khamis dan jumaat akan ada ceramah di tengah-tengah bandar.Di situ juga penduduk mengambil kesempatan untuk berniaga.Seperti pasar pagi di tempatku.Kebetulan rumah sewaku berdekatan dengan Bandar Kota Bharu.

   Agaknya,apa khabar ayahanda?Apa khabar bonda?Juga...apa khabar kakandaku,Aliya Saerah?Bahagiakah dikau di samping si dia yang bernama Alif Fazri?Kalian menikah di kala masa pelarianku.Kalian bahagia di kala aku menderita sendirian?Kalian bahagiakah saat ini setelah mengecewakan sekeping hati ini?Yang sentiasa berharap pada cinta pemuda itu.Yang tidak putus-putus mengejar bayangan lelaki itu.

   Aku bukan insan yang kejam,yang tega mendoakan kebahagiaan dan berakhirnya perpisahan.Biarpun hatiku tetap utuh sakitnya tapi aku tak terdaya untuk mendoakan perpisahan buat kalian berdua.Benar aku yang menderita tetapi derita itu bukan tagihannya cintamu semula Fazri.Sekali kau melangkah ke arah kakakku yang aku cintai itu,sudah memadai kau tidak pulang lagi kembali kepadaku.

   Ketukan pada pintu bilik yang bertalu-talu memadamkan lamunanku.Serentak aku berpaling.Kulihat rakan serumahku,Nabila masuk sambil membimbit sepucuk surat,kukira.Sampul surat berwarna coklat itu kupandang dalam-dalam.

   “Ada surat untuk engkau Safeera..”

   “Dari siapa,Bil?”

   Nabila menjungkitkan bahunya.Tersenyum simpul.Manis sekali. “Manalah aku nak tahu Safeera.Itu surat engkau.Takkanlah aku mahu membongkarkannya terlebih dahulu.Aku ini amanah orangnya,Fira..”

   Safeera mencemikkan mukanya. “Ah dasar perasan...Amanah sangatlah itu...Semalam aku bilang jangan dimakan kek coklat aku,kau makan juga...Apa,itu masih amanah lagikah Bil?”

   Nabila menyeringai.Malu gamaknya.Dia lantas berlalu pergi.

   “Surat dari siapa pula ini...Eh ini bukan surat tapi...apa ya?”

   Berkerut-kerut dia membaca surat itu.Abang Harith?Dia berlari ke balkoni?Dipanjangkan lehernya seketika ke bawah.Ada sebuah kereta BMW mewah terpakir di jalan.Ada juga seseorang yang duduk bersandar di tepi kereta itu.Abang Harith?Ah!Dia menjerit girang lalu cepat-cepat mencapai kerudungnya.Pantas dia berlari ke tingkat bawah.

   “Abang Harith!!!”

   Abangku ini dahulunya jauh di kota London.Merantau mencari ilmu untuk kepentingan hidup.Cuma dengan ilmu sahajalah kita dihormati,kita tahu itu ini.Kita jadi maju lalu kita bisa pertahankan negara kita,milik kita dengan ilmu yang kita timba.Di mana belia kita yang kebanyakan hari ini?Ya,mereka di jalan raya dengan kehidupan mereka.Aktiviti permotoran haram itulah yang mereka agung-agungkan...Disebabkan apa?Seharusnya mereka mengutip ilmu lalu ilmu itu bertimbun-timbun buat bekalan di hari tua.Bekalan di masa hadapan.

   “Mana abang tahu Fira di sini?”

   Harith tersenyum.Dia memandang ke hadapan. “Kau lupa bakal kakak ipar kau ada di rumah sewa kau itu?”

   Aku menyeringai.Siapa lagi kalau bukan si Nabila yang memberitahu abangku itu.

   “Jauhnya kau ke sini...Kenapa dik?”

   Safeera membungkam.Dia bangun namun lengannya pantas diraih abangnya itu.

   “Kenapa dik?Kenapa tak jawab soalan abang?”

   Harith merenung adiknya yang tampak sugul. “Fira dapat tawaran pindah ke sini...Heh,pelik sangatkah kalau pindah ke sini...”

   “Kenapa nak bohong dik?Abang tak pernah ajar adik abang ni berbohong...Kalau iya pun sebab Saerah,takkanlah sampai kau rahsiakannya dari mak,dari ayah?”

   “Abang jangan nak salahkan kakak!Dia tak bersalah dalam hal ini...”

   “Habis,kau nak salahkan siapa?Diri kau?Fazri?”

   Aku diam.Tunduk.Air mataku bergenang.Harith tergelak.Dia menghulurkan sesuatu kepadaku.

   “Ada rombongan datang meminang kau.Mak dan ayah dah terima.Since kau pun dah frust dengan Fazri,kau terima sahajalah dia ini.Sekarang kau dah jadi tunang orang.Balik.Kami semua nak siapkan perkahwinan kau pulak...”

   Aku terlopong.

   “Tu...Tunang?”

   “Ha..tunang...eh mana pulak tunang kau ni...”

   Aku tersentak. “Dia ada kat sini?Tapi,siapa?”

   “Assalamualaikum...”

                                                                     *****
   Aliya Saerah yang memboyot mengekek ketawa.Sesekali dia memegang perutnya yang sambil ditemani suaminya,Zaid.Aku pula di sisi bakal suamiku,Azrul Fahmi,kawan baikku sejak kecil.Mana kita menyangka rupa-rupanya dia yang pernah berkawan baik sebenarnya menyimpan perasaan yang cukup mendalam terhadapku.Tentang Fazri,lamarannya ditolak Kak Aliya kerna Kak Aliya sudah punya pilihannya.Pernah Fazri datang merayu untuk kembali kepadaku,tetapi maaflah aku lebih suka untuk menerima dia yang mencintaiku dari yang dicintaiku.

   Cinta itu bakal berputik.Barangkali juga telah berputik.Cuma bedanya aku tidak tahu bila masanya.Mungkin salahku juga kerna aku yang menanamkan perasaan kawan dari cinta padahal sejak kecil lagi dia mencintaiku.Azrul Fahmi,kuserahkan sekeping hatiku ini untuk dirimu.Maafkan kelewatan aku kerana lambat tersedar dari cintamu.Aku bahagia kerna dapat dimiliki dan memiliki kamu kerna ketulusan dan kesetiaanmu.

   Abang Harith,terima kasih kerna mewakiliku untuk menerimanya.Dia sekuliah abangku di Jordan.Dia begitu setia sehinggakan setiap hari dia bertanyakan khabarku melalui abangku.Dia menjaga hatinya untukku walaupun dia tahu hatiku pernah memiliki seseorang.Duka tak selalunya lara.Cinta tak selalunya payah.Ada kalanya mudah kerna bukan kita yang merancang tetapi takdir yang menentukannya...




Blog ini dimiliki oleh Cik CT.