Thursday, July 18, 2013

KENANGAN: BILA KESUSAHAN MENGAJAR KITA TENTANG ERTI HIDUP

Salam Jumaat.
Salam buat semua.

Tiba-tiba bila ramadhan datang ni, aku mula terasa gatal tangan nak menulis menaip tentang hal kesusahan. Semua orang kalau yang seperti aku pernah susah kan? Maksud aku hidup susah.
Tapi, ada jugak orang yang tak kenal erti kesusahan hidup, jadi yang itu memang rezeki dia dan dia kena bersyukur dengan apa yang dia dapat.

Soal kesusahan membuatkan adakalanya aku bersyukur sebab aku dilahirkan dalam keadaan susah. Tapi, hari ni aku saja nak share pasal kesusahan keluarga aku semasa kecil. Tapi, alhamdulillah sekarang ini kehidupan kami bertambah baik.

1. Pergi sekolah bawak duit dua kupang.

Yer... mesti ada yang percaya kan? Heheh... tapi waktu tu kebanyakan kawan aku bawak duit seringgit dua. Tapi masa darjah satu aku cuma bawak dua kupang. Tapi, nak kisah apa kan, memang orang dulu pun bawak duit lima duit ja pon...
Masa tu duit cuma cukup untuk beli air segelas ngan sebijik kuih.
Kalau ada rezeki mak atau abah aku bagi tiga kupang. Tu pun bolehlah dan nak makan mi goreng sepinggan.

2. Makan berkongsi.

Kalau abah aku beli burger mesti kitorang kerat empat. Mak aku mesti beralah punya. Tapi, bila kenang-kenang burger tu daifnya bila kena kerat empat kan? Dapat banyak mana sangat boleh telan masuk mulut. Tapi, itulah kenangan.

Bila beli aiskrim pun, kena kerat tiga. Aiskrim bukan cornetto, magnum ke apa.. aiskrim batang jer pon. Tu pun kena kerat jugak. Adik lelaki aku yang bawah aku selalu dapat bahagian tengah.
Heheh... ketawa sedih.

Bila beli pisang goreng, kami akan dibahagi. Adalah sorang dapat dua bijik jer. Tapi, tu pun dah cukup bersyukur time tu.

Banyak lagi yang kami tak mampu. Tapi, ni jer aku boleh kongsi.

3. Pakai baju bundle kena ejek dek orang.

Well... sebab aku susah nak merasa baju supermarket pun payah. The store ke pacific ke tak payah cakaplah. Tak pernah aku beli baju time tu. Beli baju pun yang orang lain lelong pakai kereta diorang. Siap kena ejek lagi sebab baju aku lusuh. Bila kena ejek, balik aku menangis cerita kat emak aku. Tapi, mak aku cool aje.

4. Orang tak mau kawan dengan aku.

Mungkin sebab susah, jadi automatik aku agak dipinggirkan. Masa tu aku rasa eh aku ni hodoh ke? Sampai orang ejek aku busuk. Aku pun tertanya-tanya kenapa aku takde orang nak kawan dengan aku.
Jadi bila aku tanya diorang jawab diorang , "mak kita tak bagi kawan dengan engko."
Sekali lagi balik rumah citer kat mak.
Mak macam biasa cool.
Tapi sedih sebenarnya tu.
Saja buat cool. Sayang emak abah.

5. Balik kampung naik trak askar.

Masa tu macam nikmat jer boleh balik kampung dengan kenderaan ni. Tapi, bila sekarang ni aku pikir balik, susah betul sampai kena tumpang trak askar. Sebab masa tu abah tak beli kereta lagi.
Jadi, secara automatik kena naik trak yang ada tilam dalam dia sebijik dua, buat lapik tido.

Kalau pergi bandar pun mak, aku dengan abang aku naik bas. Abah dengan adik-adik aku naik moto.
Tapi, masa tu rasa excited segala bagai jer. Tak pikir pun yang emak lagi sedih kena naik kenderaan awam.

6. Tak naik supermarket besar-besar.

Kalau masa tu, abah selalu beli barang dapur pun kat kedai felda. Tak silap aku abah pernah berhutang dengan felda. Tak pasti. Tak silap akulah. Dan punyalah susah sampai aku selalu teringin dora punya coklat tapi tak dapat.
Aku pun tak kenal apa tu da store segala bagai.

KFC, McDonald apa-apa lagi pon aku tak kenal. Tapi, budak lani rezeki diorang lebih baik dari aku.
Baby-baby dah makan semua benda tu.

Alah.. aku cakap kat sini macam aku sorang ajer kan susah? Ceh... ada lagi ramai orang susah dari aku.
Kalau kita rasa susah, makan nasi lauk telur masak kicap, orang lain lagi susah tau. Orang lain entah ada nasik kan tidak. So, kena bersyukur banyak-banyak. ALHAMDULILLAH.

okaylah, aku nak masuk kerja . Masa rehat dah habis. So, aku nak pergi kerjalah. Nak kena kerjalah.

# Puasa baru seminggu dah sibuk pasang lagu raya.

Thursday, July 11, 2013

Salam jumaat
Salam ramadhan to all...

Hari ni adalah kali kedua aku bekerja semasa ramadhan.
Kalau dulu aku berpuasa dan menyambut raya di Flextronic.
Tapi hari ni aku menyambut raya di kilang aku ni (saja aku nak rahsiakan sebab kalau aku cakap kat sini, satu kilang tahu pasal identiti aku).

Masa tu aku boleh nilai lelaki-lelaki ni macam mana...
Mana yang solat, mana yang sama naik juhak macam perempuan.

Well, honestly ciri-ciri bakal suami aku nanti
kalau boleh biarlah ada dalam senarai di bawah. InsyaAllah...

1-Ada ilmu agama. Maksud aku solat tak tinggal, puasa pun sentiasa on jer... kalau boleh dia pimpin aku, sebab aku ni pun tak cukup ilmu nak memimpin orang.

2-Bukan pakwe atau milik orang lain.
Nauzubillah min zalik.
Seboleh-bolehnya aku mintak semua ni dijauhkan walaupun dia cuma couple orang lain.
Kenapa? Sebab aku tak mahu jadi perampas. Bila barang kita dirampas, kita rasa macam mana eh? Kalau ada perasaan macam tu berkembang dalam diri, insyaAllah aku akan cuba buangkan perasaan itu jauh-jauh.

3-Pendapatan dia cukup untuk menyara aku. Hahaha...

4-Pandai memasak dan mengemas.
Untuk kepentingan diri, okay.

5-Tahu menjaga diri.
Well... kepentingan jugak kan...


Ada lagi senarai penting yang lain. Cuma, malas aku nak list banyak-banyak.
Biarlah aku simpan yang lain untuk rahsia aku.

Ni bukan iklan cari jodoh tau. Aku saja nak cerita-cerita jer taw...

Okay, masuk balik puasa masa kerja ni.
Memang menguji keimanan. Ditambah pulak dengan kepenatan dan kelelahannya.
Lagi tak terdaya.

Kerja pun lebih bertambah dengan ujiannya. Ujian macam mana? Tekanan. Kena marah dan rasa nak marah tu semuanya pakej.
Masa tu mula aku terpikir, betapa hebatnya tekanan ini kalau nak banding tekanan masa aku jawab final exam dulu. Kalau dulu, aku rasa tak sabaq-sabaq nak kerja, tapi lani aku rasa kenapalah aku boleh rasa macam tu satu ketika dulu.Hua... rindu zaman universiti.

Tapi, moment kat sini akan aku rindui selepas ini.
Setelah aku pergi dari sini, aku akan rindukan kenangan kat sini.
Masa tu baru aku rasa betawpa indahnya kenangan lama.
Kenangan tu kita akan hargai.Hehehe...

Saturday, July 6, 2013

HIDUP DAN KERJA

Salam to all...

Rasanya dah lama aku kureng update pasal entri aku, memandangkan aku punya blog takdelah mendapat
tempat sangat di hati pihak di luar. Takpelah. Abaikan. Sedih tu adalah jugak sedihnya. Tapi, blog kan... sape kita untuk memaksa kan??


Tapi, aku mengaku jugak blog aku ni mana ada benda menarik pun. Setakat citer-citer biasa yang aku karang dan tak berapa sedap untuk mata yang membaca, nak buat macam mana kan?

Abaikan. Abaikan. Abaikan.

*****
Dah bergelar budak habis grad ni, aku rasa sama je dengan yang tak grad.
Mana ada hidup ni kena tidor makan duit masuk macam tu? Adalah, kalau dia adalah pemalas atau mungkin dia memang dah kaya raya, jadik tak payahlah bersusah payah aku ni. Yer dak??

Memandangkan kos aku ni agak payah untuk kerja datang menghampiri, aku mulalah menimba pengalaman aku kerja sebagai kerani? Kerani di mana? Di sebuah kilang jepun dalam malaysia...

Bercakap soal kerja ni kan, satu ajer yang aku tak puas hati. Tentang gaji tu adalah kisah, tapi tak berapa kisah sangat, sebab pertama dia bagi gaji on time dan dia tolak epf socso segala bagai adalah aku dapat lapan ratus plus plus... Kerja dia pun main dengan kertas hari-hari. Nak kata membebankan tu, tak adalah sangat. Mana ada kerja senang dalam hidup ni. Even director atau CEO pun kena pakai kepala otak dalam-dalam nak atur strategi syarikat.Yer dak???

Eh, aku nak cerita pasal apa sebenarnya???

Aku nak cerita pasal kerja aku. Yang menjadi satu benda pelik dan tanda tanya kepada aku, si pekerja, aku hairan tang satu perkara. Iaitu kerja aku di samping menaip dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti dokumentasi, aku jugak secara tak langsung kena menjadi cleaner kepada si kilang. Percaya atau tidak? Aku pun tak percaya. Aku ingat kerja kerani ni lebih okay sikit dari kerja operator. Rupa-rupanya, tidak sama sekali. Kerja aku turut bermain dengan si mop dan penyapu untuk lantai dibersihkan. Giler tak giler? Aku pun tak paham...

Kadang-kadang tu timbul jugak dalam kepala otak aku, kenapa aku belajar tinggi-tinggi, akhirnya pegang semua ini? Berbaloi ke kalau dulu aku buka buku setebal lima inci kasut wedges aku berbuku-buku untuk jawab soalan final, dan akhirnya aku pegang mop dan penyapu?

*****
Aku tak kata kerja ni hina. Sebab tu aku sanggup.
Bahkan, aku tabik hormat pada pencuci.
Aku sedar siapa aku. Aku pun bukanlah dari anak kaya.
Abah aku pun satu ketika dulu pernah jadi pencuci lepas dia pencen askar. 

Dan sekarang ni bila aku dah letakkan diri aku dengan apa yang aku lalui, aku dah rasa betapa besarnya pengorbanan seorang ayah tu bila nak bagi anak-anak dia sekolah dan makan cukup. Tapi, kalau aku tak lalui semua ni mesti aku tak rasa apa yang abah pernah rasa. Kalau aku terus lompat duduk atas kerusi empuk, pegang pen, sign itu ini, mesti aku tak rasa apa yang orang-orang bawah aku rasa. Jadi, bila aku dah rasa apa yang aku rasa sekarang ni, aku harap sangat-sangat HR pon boleh faham dan consider berbaloikah kerja aku dengan gaji sebanyak 800 tapi boleh buat dua tiga kerja dalam sehari. 

Satu hal yang tak best lagi bila contoh waktu punch out card untuk masa balik pukul 5.15. Tapi, kalau aku terovertime kerja dan balik dalam 5.45, stengah jam tu tak dikira pun. Kira macam free work aku bagi kat depa.

Dan menjadi tanda tanya lagi apabila aku terlewat seminit, duit gaji aku dipotong macam ayam kena sembelih lehernya...

Berbaloikah??

Aku bukan sengaja nak kutuk. Tapi, ada yang tak kena dengan HR management ni...
Ni kira aniaya pekerja ke apa eh?
Walaupun aku nak kerja kat sini takdelah akan lama lagi sebab insyaAllah, aku pun nak kena tukar kerja untuk ijazah aku, tapi aku harap sangat HR akan hargai depa yang dah kerja bertahun-tahun. Sepatutnya HR peka dengan hal ni. Adil pada pekerja sendiri. Tak rugilah. 

Dulu aku pernah jugak kerja kilang. Jadi operator. Tapi, kitorang nak pegang penyapu pun takde. Masing-masing dibagi kerja sendiri. Ini tak cleaner pejabat HR jugaklah jadi tukang bancuh teh untuk diorang. Tu kira adil ke? Masa aku kerja kilang dolu pun, gaji aku kalau aku terawal datang kerja atau terlambat balik kerja, semua dia kira jadi overtime. Tu baru betul jaga hal pekerja...


p/s: kerja, kalau tak kerja, takde duit. Kalau kerja banyak pula songehnya yer...
Blog ini dimiliki oleh Cik CT.