Monday, December 3, 2012

Hai ...

SPM dah selesai ke belum?
O.... sekarang tinggal tunggu keputusan.
Eee..takut.Takut.Takut.

Berapa A nak dapat ? Lulus ke? Cemerlang ke? Itu pernah menjadi igauan ku.So,sebagai senior yang dah lepas semua benda alah tu,adalah lebih baik aku nak memesan sesuatu kepada junior-juniorku.

Lepas SPM,kepada yang muslim,jangan tinggal solat hajat walaupun sekali kecualilah korang uzur.



Kenapa jangan tinggal?Sebab doa itu adalah ikhtiar terakhir yang korang boleh buat.Takkan nak pergi majlis pelajaran,nak tengok diorang semak kertas kita yer dak?
Jadi,lepas SPM adalah lebih baik korang teruskan solat hajat korang....

Kalau boleh,sekarang ni cuba korang pergi pameran melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA atau IPTS.

Korang boleh update kursus apa yang terbaik untuk korang.Cuba tinjau apa yang korang minat dan apa yang sesuai dengan tahap akademik korang.Macam aku,aku nak jadi doktor.Tapi,aku tak jadi pun.Sebab apa?

Kelayakan akademik aku tak berapa cukup.
Dekat pameran-pameran macam ni,korang boleh tanya diorang kursus yang ditawarkan tu macam mana.

Tapi,mostly,yang promoter akan cakap benda yang baik aje pasal kolej diorang.Korang timbang-timbangkanlah dalam fikiran korang.

Done yang di atas?Okay,proceed dengan ambil lesen untuk kepentingan korang.

By the way,lesen motor dan kenderaan adalah penting untuk korang di masa hadapan.Macam aku,sampai sekarang aku takde lesen.Jadilah,adalah menyesal jugak aku.So,sekarang ni nampaknya lepas belajar baru aku nak ambil.Tu pun kena kerja,sebab nak cari duit ambil lesen.Huhu...



Kumpul pengalaman bekerja.

Aips....jangan goyang kaki.Ya,memang korang cakap dah penat dah belajar.Nak rehat banyak-banyak.Come on dear...kumpul pengalaman bekerja ni penting untuk korang update dalam resume.Kalau result korang tahap cemerlang mana pon,tapi korang tak ada pengalaman kerja,so macam sedikit menyedihkanlah.
Kalau korang kerja jadi orang bawahan,korang akan sedar suatu hari nanti,korang tak nak jadi orang bawah.Orang lain goyang kaki kat meja kira duit,kita ni habis kotor baju,berlumuran debu-debu kotor...takkan nak lagi hidup macam ni?

Pergilah kursus bahasa-bahasa.



Contohnya,korang boleh pergi kursus bahasa inggeris untuk memantapkan lagi bahasa inggeris korang.Kalau nak pergi kursus kahwin aje tak boleh....

Kursus bahasa arab ke,bahasa mandarin ke...dan sebagainya.Sebab bahasa ni penting dalam point untuk korang diterima bekerja kelak.

Belajar memasak.



Kepada yang perempuan,ambil peluang belajar memasak masa ni.Aku yakin ramai lagi para gadis di luar sana tak reti memasak.So,ambil masa ni untuk korang belajar memasak.
Well,memasak tu penting untuk diri sendiri jugak.Takkan kahwin nanti korang tak nak masak kan?

So setakat ni ajelah entri aku hari ni.Ni sebagai pesan-pesanan untuk aku jugak.
Kalau nak terima apa aku cakap,terimalah.Kalau tak nak,takpelah.Mana boleh kita paksa orang kan...

No comments:

Post a Comment

Bicara seorang pemerhati...

Blog ini dimiliki oleh Cik CT.