Friday, November 30, 2012

Cuti-cuti-cuti-cuti

Yea….yeah…esok cuti.Lega.Boleh tido.boleh bangun lewat .
Penat kerja,rasa nak buang segala bagai letih ni.Walaupun takdelah kerja sangat aku buat pada hakikatnyalah.Tapi,aku suka latihan industri kat sini.Environment dia okay.Tak berapa busy.Tapi okay.Aku suka.

So,what's my plan tomorrow...
erm...
erm....

Tengok tv campur kartun = boring gak kadang-kadang.
Tengok komputer campur main game = bolehlah...

Apesal lah siaran kat tv asyik cerita macam tu jer.Boring.Takde feeling pon.Asyik-asyik citer pattern sama.Aku pon jadi jemu.Bosan.

Last week,abah aku menang baucer penginapan.Masa event diner tahunan tempat kerjanya.
So,hari ni,bila aku call si tuan punya telefon,naklah check in esok,dia kata full.
Pastu aku pon cakap nak minggu depan,dia kata full jugak.Tapi,kalau aku nak check in hari biasa dia bagi,katanyalah.

Alamatnya,tak jalan-jalanlah aku makan angin.Baru plan nak makan angin sambil usha orang kat Batu Feringhi,tapi habeh,tak boleh.



Macam best ajer duk kat tepi laut ke apa.Kan?



























Thursday, November 29, 2012


Salam orang muda sekalian…
Chewah,macam tua sangat yer aku ni.Pagi-pagi masuk office terus aku ada idea nak tulis pasal apa.Telefon bimbit dan zamannya…

Menurut wikipedia,telefon ni berasal dari perkataan Yunani,iaitu tele=jauh,phone=suara.
Bila disatukan jadi jauh suara.Pandai.

Dan Alexander Graham Bell yang bertanggungjawab memindahkan suara ke dalam bentuk telefon.Siapa pengasasnya yang mula-mula,boleh semak di SINI.

Dah habis baca,so sekarang ni balik kepada topik asal.Kenapa orang gunakan telefon selain nak berkomunikasi,bermesej dan segala macam,telefon ni pentinglah juga untuk aku main game di masa lapang aku.Korang pulak?Tak payah cakaplah,telefon korang canggih kan...

Telefon pertama yang betul-betul aku lihat depan mata,boleh pegang adalah nokia yang tebal tu.Kalau kena baling dengannya,memang SAKIT.



Lepas telefon ni,aku tengok abah aku pakai telefon ni...


Zaman aku pulak,yang dolu-dolulah,aku pakai satu telefon tu,aku pon dah tak ingat jenama apa,dan sedihnyer...kena curi.Huuu...wa...nangis sekejap.
Waktu tu baru aku sedar dalam kalangan manusia ni memang wujud pencuri telefon.Time aku masuk dewan exam,amik calculus,dia boleh balas telefon aku.Sungguh tak patut.

Dan sebulan lepas tu,aku beli lagi sebuah telefon.Sekali lagi kena curi jugak...disebabkan jatuh dalam perjalanan.Yang tu sebab kesilapan diri sendiri,so padan muka ajelah kat aku.Lepas tu,dua bulan aku tak pakai telefon.Malaslah aku.Nak merajuk.Beli,hilang.Beli,hilang.Baik tak payah beli.
Sampailah sekarang ni,aku setia pada setia yang satu..Gambar?Rahsia...

Actually,motif aku nak tulis pasal entri ni adalah sebab,zaman ni boleh mengubah benda-benda yang kita ada.Dari telefon seberat satu kilo boleh jadi sesangat sesangatlah ringan kan.



-Aku punya Cerita-


Wednesday, November 28, 2012

PEPERIKSAAN ? BEST....KALAU....

Salam semua…


Hari neyh la,aku ingat nak bubuh pasal zaman UPSR,PMR,SPM aku yang dolu-dolu… Bak kata orang,umur tu nak jadi tua aje,kenangan pulak nak muda jerr.

Zaman budak sekolah,pakai uniform putih,tudung pon senget-senget jer.Kalau yang boys pulak,cute miut jer aku tengok.Masa tu pun,dah rasa start nak minat orang,hihi.

Ohhh.tu zaman lama.zaman hingusan.
Sekarang,dah tuee...

Abah aku paling tegas bab bersekolah.Kalau bangun lewat pun kena pergi sekolah.

Masuk darjah enam,rasa dah jadi otai jer.Yelah,senior dalam sekolah rendah.Kerja aku asyik pau adik-adik aku jer (kejam ).
Jomlah,aku nak share saja-saja pasal cara belajar upsr,pmr dan spm ni,walupon aku ni sebenarnya biasa-biasa aje.Nak tak baca?Tak nak baca takpe,memang takde sape pon nak baca entri aku ni.

1.Buku mesti kat tangan

Skema?Takdelah...kalau buku kat tangan,walupon tak baca pon,takpe,buat semangat.Dari korang pegang komik,novel yang entah apa-apa,memang bestlah sebab komik leh wat kita ketawa,ada kelakar,ada bahagia,novel pulak,ada romantik-romantis gitu.

Tapi,tu bukan pengukur kejayaan kita.Letak dolu jauh-jauh,novel campur komik ni..Tu kertas peperiksaan percubaan tu, cuba tengok kejap .



Buku campur pensil campur pemadam,
campur pembaris dapat apa erk?
JAWAPAN


2.Buat past year

Bila dah buat,cari jawapan.Bila tak buat lagi,tengok jawapan,sikit punya bagus!Bila korang buat tak cari jawapan = tabik hormat aku kat korang.Tapi bila tak buat tak cari jawapan =PEMALAS.

Dan pemalas tu sebenarnya diri aku jugak.*Gelak besar*
Ala,amik masa korang tu untuk buat peperiksaan yang lepas-lepas.Tak rugi pun dik oi...



3.Tak payah tuisyen pun takpe,tapi RAJIN

Kalau korang rajin,semua benda takde masalah.
Yang masalahnya bila korang tak rajin tapi ada masalah.Masalah apa?
Malas.

Alasan korang senang aje kan.
Nak tengok naruto setiap hari.
Nak tengok sponge bob.
Nak pergi main bola sepak kejap.

Kalau jadual adik-adik aku ni semuanya penuh dengan schedule macam ni,iaitu RAJIN MENONTON TELEVISYEN,BUKU CUMA HANYA AKAN DIBUKA JAM 10 MALAM UNTUK MENGHABISKAN KERJA SEKOLAH PADA KEESOKAN HARI,kakak korang yang sorang ni takkan rasa korang akan berjaya.

Aku tak pernah ambil tuisyen,sebab adik-adik aku ramai.
Satu sebab lagi memang aku tak nak amik pun.Kenapa?Sebab aku ada banyak kerja sekolah nak kena buat,plus tuisyen free kat sekolah pon aku skip.Tapi,takpe,aku rajin....

4.Bila cikgu ajar,fokus

Cikgu ni bukan kat sekolah aje.Mama dan papa korang boleh jadi cikgu.Kalau ada maid kat rumah,maid korang pon boleh jadi cikgu korang.Kakak abang korang tu pun boleh jadi cikgu.So,bila cikgu ajar,tengok dan perhatikan yang apa dia ajar.

Cakap betul-betul,time aku ajar orang,aku paling suka bila orang tu angguk-angguk,geleng-geleng,apa yang aku ajar.Tengok kertas conteng aku 100 peratus.

Dan aku paling sakit hati campur menyampah,bebal,frusrated bila orang yang aku ajar tu buat benda lain atau pun...buat-buat tak tahu.Ada rasa nak baling dengan selipar jepun pun ada.





Sebenarnya,ada banyak lagi benda dan cara kita nak menghadapi peperiksaan ni.
Sebenarnya,kalau korang menghargai masa,semua benda akan menjadi mudah.Macam aku ni.Perasan
Tapi,kalau aku nak perasan pun apa salahnya kan?kan?kan?


Blog ini dimiliki oleh Cik CT.